Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

07.03.2016_KENYATAAN MENGENAI SOTONG YANG DISYAKI TERCEMAR DENGAN BAHAN PENGAWET YANG DISEBARKAN DALAM MEDIA SOSIAL

Berhubung dengan kenyataan yang disampaikan melalui media sosial pada hari Ahad, 6 Mac, 2016 mengenai sotong yang dibeli oleh pengadu daripada Pasar Gadong pada hari Jumaat, 4 Mac, 2016, maka dengan ini Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan ingin menjelaskan kepada orang ramai mengenai perkara ini, bahawa :

Setelah menerima maklumat tersebut, Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, telah pun mengambil contoh-contoh sotong dari penjual yang dimaksudkan di Pasar Gadong termasuk juga dari penjual yang lain, untuk dianalisa di makmal Bahagian Keselamatan Agrimakanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi kemungkinan terdapat penggunaan kimia formaldehyde sebagai pengawet. Hasil penganalisaan tersebut, adalah didapati bahawa tidak ada pencemaran formaldehyde ke atas contoh-contoh sotong yang diambil dari Pasar Gadong pada hari Ahad, 6 Mac, 2016.   Walaubagaimanapun Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan akan berkerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan untuk siasatan lanjut mengenai perkara ini.

 

Sudah menjadi program bagi Jabatan Perikanan sentiasa melaksanakan pemantauan dan penganalisaan ke atas ikan / udang yang dijual kepada orang ramai sama ada dari pasar, pasaraya dan kolam-kolam ikan / udang tempatan dari segi kandungan formaldehyde, logam berat (heavy metals), organisma air kemerah-merahan, antibiotik dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.  Jika ada didapati kesan-kesan kandungan bahan yang dinyatakan di atas pihak jabatan Perikanan akan merampas dan memusnahkan ikan/udang yang tercemar tersebut. 

 

Adalah menjadi kesalahan dibawah Akta Kesihatan Awam Penggal 182, jika sesorang menyediakan menjual atau mengimport bahan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan, tidak selamat bagi makanan manusia atau tercemar.  Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda atau dipenjara selama lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali.   Mereka yang sabit kesalahan boleh juga digantung lesen–lesen aktiviti pengilangan, penjualan dan pengedaran.

 

Pihak Jabatan menyeru orang ramai untuk melaporkan mana-mana ikan/udang yang disyaki tercemar dengan memaklumkan tempat membeli dan seterusnya mengambil contoh ikan / udang yang diragui dan menghubungi dengan secepat mungkin, di talian-talian berikut 2770066 (waktu bekerja), atau 7297771 (hotline Jabatan Perikanan).

 

 

/TAMAT

27 Jamadilawal 1437

7 Mac 2016

Attachments