Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

25.08.2016_TAKLIMAT PENGENDALIAN IKAN DAN AMALAN KEBERSIHAN DI PASAR IKAN

Taklimat Pengendalian Ikan dan Amalan Kebersihan di Pasar Ikan anjuran bersama Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan telah diadakan pada hari Khamis, 25 Ogos 2016 bertempat di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama, Negara Brunei Darussalam.

Taklimat ini dihadiri oleh penjual-penjual ikan dari Pasar Gadong, pegawai-pegawai dan kakitangan dari Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan.

Antara objektif taklimat ini diadakan adalah untuk meningkatkan Program Kesedaran Awam mengenai Pengendalian, Kebersihan dan Keselamatan Makanan di Pasar-Pasar Ikan susulan dari aduan-aduan dari orang  ramai mengenai kualiti ikan yang kurang baik dijual di Pasar Ikan Gadong, Negara Brunei Darussalam. Disamping itu  pemantauan dan pengamatan Jabatan ini di pasar-pasar ikan mendapati  amalan-amalan dan keadaan pasar pada ketika ini berkeadaan tidak memuaskan dari segi kebersihannya. Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan berperanan sebagai Competent Authorithy dalam memastikan hasil industri perikanan sentiasa mematuhi  kualiti dan keselamatan makanan telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan amalan-amalam kebersihan dipasar-pasar ikan dengan  menyediakan beberapa program seperti berikut:

  • Menyediakan poster-poster  dan risalah-risalah amalan-amalan kebersihan di pasar ikan, tindakan perundangan keatas penjual-penjual ikan yang menjual ikan yang menjejaskan kesihatan dan tercemar serta garispandu membeli dan memilih ikan segar dan penyimpanan ikan yang betul bagi mengekalkan kesegaran ikan bagi panduan pengguna.
  • Memberi taklimat mengenai pengendalian ikan yang baik, amalan-amalan kebersihan di pasar-pasar ikan dan maklumat tindakan perundangan kepada penjual-penjual ikan
  • Pembuatan iklan-iklan Keselamatan makanan laut di media masa
  • Menyediakan garispandu keperluan kebersihan di pasar ikan.

Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dengan kerjasama Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah memasang poster-poster tersebut pada Hari Selasa, 7 Syawal 1437 bersamaan dengan  12 Julai 2016 di pintu-pintu masuk dan di laluan-laluan pengunjung-pengunjung di Pasar Gadong untuk memberi kesedaran dan menggunakan garispandu  amalan-amalan kebersihan sebagai rujukan oleh pihak pengurusan pasar-pasar, penjual-penjual dipasar-pasar ikan serta untuk  memberi pengetahuan kepada pengguna dalam memilih ikan yang segar dan berkualiti serta selamat untuk dimakan. Pengagihan poster-poster dan risalah-risalah  akan dilaratkan ke pasar-pasar ikan, pasaraya utama di seluroh negara juga kepada pengguna dalam waktu terdekat ini.

Taklimat bertajuk  pengendalian ikan dan amalan kebersihan di pasar ikan telah disampaikan oleh wakil dari Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan diharapkan peyampaian maklumat ini,  akan dapat di praktikan oleh penjual-penjual ikan demi menjamin ikan-ikan yang dijual dalam keadaan segar, mempunyai kualiti yang baik, bersih dan selamat dan dapat meningkatkan keyakinan pembeli-pembeli yang berkunjung kepasar-pasar ikan.

​ 

Disediakan oleh:

Jabatan Perikanan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

22 Ogos 2016

​Related news:

http://www.pelitabrunei.gov.bn/nasional/item/28960-tingkatkan-kebersihan-pasar-ikan​​
Attachments