Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

10-13.10.2016_KURSUS “ TRAINING FOR TRAINERS ON HYGIENE ON BOARD’ BAGI PEGAWAI-PEGAWAI JABATAN PERIKANAN

Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah mengadakan kursus in-house Training for Trainers Hygiene on Board bagi pegawai-pegawai Jabatan tersebut pada 10-13 Oktober 2016.

Jabatan Perikanan merupakan "Competent Authority" untuk melaksanakan kawalan keatas "food chain" keseluruhan daripada pengeluaran utama untuk pemprosesan dan pengedaran makanan laut.  Amalan kebersihan dan pengawalan kualiti hasil tangkapan semasa diatas kapal adalah salah satu yang terlibat secara langsung dalam mempastikan keselamatan makanan (food safety) dalam food chain.

Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk meningkatkan "internal capacity" pegawai-pegawai di Jabatan Perikanan dalam melatih, membimbing, memberi kesedaran dan berkongsi pengetahuan mengenai kepentingan amalan kebersihan diatas kapal dan tempat pendaratan ikan.  Kursus ini juga sebagai persediaan dan mengukuhkan keupayaan Jabatan Perikanan selaku "competent Authority" bagi mengekspot ikan tangkapan ke negara antarabangsa khususnya, seperti yang diperlukan oleh Kesatuan Europah (EU). 

Selain dilatih dan dibangunkan sebagai pengajar dalaman kursusini juga memuatkan sesi amali dimana peserta diberi tunjuk ajar tatacara mengenai pengendalian ikan yang baik, menilai tahap kerosakan dan kualiti ikan, amalan kebersihan di atas kapal dan kebersihan perkerja dan sebagainya seperti yang terkandung dalam Garispandu Amalan Baik Kebersihan diatas kapal dan Tempat Pendaratan.  Ini sekaligus meningkatkan keupayaan mereka untuk memantau dan menghargai diri sebagai pegawai pengembangan.

"In-house training" ini akan memantapkan lagi keupayaan pegawai-pegawai di Jabatan ini supaya berkeyakinan sebagai Pelatih yang Terlatih dalam memberi latihan dan bimbingan diri masa ke semasa kepada pengusaha dan pekerja diatas kapal menangkap ikan untuk memberigakan hal kepentingan 'food safety' dalam amalan kebersihan sebelum, semasa dan selepas pengendalian ikan di atas kapal samaada untuk ekspot mahupun pasaran tempatan.

Adalah dijangkakan penghasilan dari industri penangkapan ikan laut dalam yang menjadi salah satu tumpuan "plan strategik Perikanan" di negara ini berjumlah 480 tan metrik ikan tuna dengan nilai sebanyak $2.88 juta pada tahun 2020 yang mana ikan tuna ini berpotensi untuk diekspot.   Penangkapan ikan tuna di zon 4 bertujuan untuk dieksport ke pasaran seperti EU dan Jepun, yangmana adalah adalah pasaran-pasaran ikan yang menekankan keperluan piawaian kesegaran, kualiti dan keselamatan  ikan yang tertinggi.  Produk berkualiti tinggi boleh menguasai harga ikan sebanyak  20% hingga ke 40%  lebih tinggi di pasaran eksport.

Kursus in house ini telah disampaikan oleh tenaga pengajar dari Malaysia, Puan Siti Hasshura binti Hashim, dari Bahagian Biosekuriti Perikanan Malaysia.  Kursus berjalan selama 4 hari itu telah dihadiri oleh seramai 30 orang pegawai Jabatan Perikanan di mana acara penutup kursus telah diadakan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta-peserta kursus oleh Tetamu Kehormat Majlis, Dayang Mariani Binti Haji Sabtu, Pemangku Pengarah Perikanan pada 13 Oktober 2016.

​Disediakan oleh:

Jabatan Perikanan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Oktober 2016/   Muharram1438

Attachments