Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

31.10.2016_KURSUS TRAINING FOR TRAINERS OF DEVELOPING HACCP PLAN BAGI PEGAWAI-PEGAWAI JABATAN PERIKANAN

Selaku Competent Authority yang bertanggungjawab ke atas membantu produk-produk perikanan dari Negara Brunei Darussalam memenuhi keperluan dan piawaian keselamatan, kualiti, dan sebarang pra-syarat yang dikenakan oleh negara-negara pengimport, maka pegawai-pegawai dan kakitangan yang terlibat adalah perlu sentiasa up-to-date  dari segi profisyensi,  keupayaan mereka dalam memberikan perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan oleh industri perikanan, dan juga sebarang pindaan dan kemas-kini kerperluan-keperluan sepertimana yang dipersyaratkan oleh pihak berkuasa negara-negara pengimport.

Salah satu daripada persyaratan berkenaan ialah perlaksanaan sistem kawalan keselamatan makanan di kilang, iaitu Hazard Analysis Critical Control Points (HACCP) di kilang-kilang yang bakal mengeksport produk mereka. Maka bagi meningkatkan lagi keupayaan Jabatan Perikanan selaku Competent Authority yang perlu meningkatkan kapasiti untuk melaksanakan audit ke atas sistem HACCP dan juga bagi meningkatkan keupayaan Jabatan Perikanan membantu pengusaha-pengusaha perikanan menubuhkan dan melaksanakan sistem berkenaan dikilang-kilang mereka, maka Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah mengadakan kursus In-house Training for Trainers of Developing HACCP Plan bagi pegawai-pegawai Jabatan Perikanan pada 31 Oktober sehingga 3 November 2016.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan pegawai pegawai dalam membentuk dan membangun Pelan HACCP bagi hasil-hasil dan produk-produk perikanan mengikut keperluan piawaian antarbangsa, dengan merebiu keperluan-keperluan GMP, SSOP, Food Hazards Criteria, HACCP Principle dan Pre-Requisite Program.

Dengan adanya latihan amali ini, dalam membentuk dan membangun HACCP Plan bagi  produk-produk perikanan di kilang-kilang, penangkapan ikan dan akuakultur,  telah dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan pegawai pegawai dalam membuat dokumen HACCP bagi produk-produk dan hasil-hasil perikanan yang lain untuk di gunakan sebagai bahan pembelajaran dalam pemberigaan kepada pengusaha-pengusaha industri perikanan  selaras dengan keperluan eksport ke Kesatuan Eropah dan antarabangsa

Kursus In house Trainers for Developing HACCP Plan ini telah disampaikan oleh pakar keselamatan makanan iaitu Dr Novia Priyana dari Indonesia yang berpengalaman dalam bidang HACCP bagi  keperluan eksport antarabangsa dan Kesatuan Eropah.  Kursus selama 4 hari ini telah dihadiri oleh seramai 26 orang pegawai-pegawai Jabatan Perikanan di mana acara penutup kursus telah diadakan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta-peserta kursus oleh Tetamu Kehormat Majlis, Dayang Munah Binti Haji Lampoh, Pemangku Timbalan Pengarah Perikanan pada 3 November 2016.

Disediakan oleh:

Jabatan Perikanan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

2 November 2016 / 2 Safar 1438

Attachments