Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

06.12.2016_EKSPORT PRODUK PERIKANAN KE PASARAN EROPAH

Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan mempunyai misi yang antara lain, meningkatkan pengeluaran dengan mensasarkan pasaran eksport.  Bagi mencapai hasrat ini, Jabatan Perikanan sentiasa membantu pengusaha-pengusaha tempatan dalam memudahkan produk-produk mereka dapat diterima oleh negara pengimport.  Salah satu pasaran yang sangat berpotentsi untuk diterokai adalah pasaran Kesatuan Eropah (European Union).  Usaha Jabatan Perikanan ke arah ini telah membuahkan hasil di mana Syarikat-syarikat yang telah mendapat pengiktirafan sebagai berkelayakan mengeksport produk asas akuakultur ke pasaran Eropah dari Jabatan Perikanan dan telah mendapat kebenaran  dan EU Number dari  Directorate General for Health and Food Safety (DG Sante) boleh mengeksport produk-produk mereka ke pasaran berkenaan bermula 5hb Disember 2016.

Ini adalah selaras dengan pengiktirafan penuh Jabatan Perikanan selaku Competent Authority oleh Directorate General for Health and Food Safety (DG Sante), European Commission bagi pengeksporatan produk asas akuakultur dari Negara Brunei Darussalam ke negara-negara Kesatuan Eropah.

Kebenaran yang telah mulai diberigakan melalui sesawang DG Sante https://webgate.ec.europa.eu/sanco/traces/output/non_eu_listsPerCountry_en.htm. pada 22 hb Nobember 2016, akan mulai berkuatkuasa di keseluruhan nagara-negara Kesatuan Eropah pada hari Isnin, 5 Disember 2016. Dengan pengumuman dan kebenaran tersebut, dua buah kilang pemprosesan udang akuakultur yang beroperasi di Serambangun Tutong kepunyaan Golden Corporation Sdn Bhd juga telah diberikan penomboran EU (EU Number), yang membolihkan kilang-kilang berkenaan mengeksport produknya ke pasaran Eropah sebaik sahaja kebenaran tersebut berkuatkuasa.

Dengan perkembangan ini, pengusaha-pengusaha tempatan berpeluang menembusi pasaran Eropah yang di anggarkan bernilai EUR 21 billion setahun, iaitu 24% dari pasaran eksport global bagi makanan laut.

Jabatan Perikanan akan meluaskan lagi kebenaran dan pengiktirafan berkenaan untuk meliputi produk-produk dari sektor-sektor perikanan yang lain, sejajar dengan perancangan-perancangan yang telah dilakar melalui Perancangan Strategik Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Jabatan Perikanan bagi tempoh 5 tahun akan datang.

Eksport produk makanan laut di anggarkan akan meningkat sekitar 121% menjelang tahun 2020 dengan anggaran nilai lebih B$ 200 juta setahun.

 

Jabatan Perikanan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Attachments