Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

19.05.2017_KARNIVAL PERIKANAN 2017

20 Sya'ban 1438 /17 Mei 2017

Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam

 

Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dengan usahasama pengusaha-pengusaha perikanan sekali lagi mengadakanMini Karnival Perikananselama tiga hari bermula dari 19 Mei hingga 21 Mei 2017 bertempat di Kompleks Pendaratan IkanMuara.  Ini adalah kali pertama pada tahun ini ianya diadakan.

 

Mini Karnival Perikanan kali ini disertai seramai tujuh pengusaha tempatan dalam bidang industri penangkapan ikan, lima pengusaha tempatan dalam bidang industri akuakultur dan tigabelas pengusaha tempatan dalam bidang industri pemprosesan makanan laut.

 

Aktiviti Mini Karnival Perikanan ini adalah merupakan salah satu usaha Jabatan Perikanan untuk menggalakan penglibatan pengusaha-pengusaha perikanan tempatan dalam membantu mempertengahkan dan memasarkan pelbagai hasil produk mereka kepada orang ramai. Dengan penerimaan dari pasar tempatan yang berterusan, pengusaha akan tidak ragu-ragu meningkatkan keupayaan mereka dalam penghasilan dan pasaran, untuk tempatan dan juga luarnegeri, hasil produk perikanan bagi sama-sama menyumbang kepada pertumbuhan keluaran bagi mendokong hasrat Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan untuk melipat gandakan keluaran sektor perikanan menjelang tahun 2020. Selain itu juga, dari aspek kesihatan, aktiviti ini memberi peluang dan kesempatan untuk mempromosi kempen 'Makan Ikan' sebagai sumber makanan yang menyihatkan terutama kepada generasi baru.

 

Mini Karnival Perikanan ini bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang kecuali Hari Jumaat yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan disambung semula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.  Seperti juga penjualan hasil-hasil produk perikanan pada tahun-tahun yang lepas, orang ramai boleh mendapatkan ikan-ikan segar seperti ikan, udang, ketam dan sotong dengan harga yang berpatutan dan ianya terbuka kepada semua pengunjung-pengunjung dari dalam dan juga luar negara.  Sementara itu, pengusaha akuakultur akan menjual ternakan ikan laut yang bermutu tinggi seperti ikan selungsong, ikan pompano, ikan kerapu dan ikan bebarahan.  Manakala, para pengusaha dalam sektor pemprosesan makanan laut pula akan menjual produk-produk dari hasil perikanan seperti keropok, belacan, ikan salai, bebola ikan dan nugget.

Disediakan oleh:

Jabatan Perikanan

Kementerian Sumber-Sumber Utama & Pelancongan

Negara Brunei Darussalam

 

Attachments