Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

21.03.2018_MAJLIS PENYERAHAN JAKET KESELAMATAN TERPAKAI KEPADA NELAYAN-NELAYAN DAERAH BELAIT SUMBANGAN MOZZAT ENTERPRISE SDN. BHD. DAN GERMANISCHER LLOYD OFFSHORE AND INDUSTRIAL SERVICES (B) SDN. BHD.

Kuala Belait, 21 Mac 2018 - Majlis Penyerahan Jaket Keselamatan Terpakai kepada Nelayan-Nelayan Daerah Belait telah diadakan pada hari ini yang telah disempurnakan oleh Yang Mulia Abdul Halidi bin Mohd Salleh, Pengarah Perikanan, selaku Tetamu Kehormat. Sejumlah 101 unit jaket keselamatan terpakai telah disumbangkan oleh Mozzat Enterprise Sdn Bhd (MESB) dan Germanischer Lloyd Offshore and Industrial Services (B) Sdn Bhd, yang kedua-duanya adalah merupakan syarikat pembekal peralatan dan penyedia perkhidmatan industri minyak dan gas.

Mengikut rekod Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, sejumlah 96 orang nelayan Daerah Belait memiliki lesen alat menangkap ikan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan tersebut bagi Tahun 2018 yang terdiri daripada 35 orang nelayan penoh masa dan 61 orang nelayan sambilan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada kedua-dua buah syarikat penyumbang dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Perikanan.

Dengan adanya penyerahan jaket-jaket keselamatan tersebut, ianya mencerminkan keperhatinan sektor swasta terhadap keselamatan nelayan-nelayan yang beroperasi di perairan di Negara ini, Ini ditambah lagi menurut Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam, bahawa pengguna jaket-jaket keselamatan adalah digalakan untuk dipakai semasa ke laut oleh semua terutamanya nelayan-nelayan di Negara ini. Jabatan Perikanan berharap supaya nelayan-nelayan akan memanfaatkan sepenohnya dan menggunakannya sebagai langkah keselamatan semasa menaiki perahu dan melaksanakan operasi menangkap ikan di kawasan perairan Negara Brunei Darussalam.

Jabatan Perikanan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Negara Brunei Darussalam

Rejab 1439 / 21 Mac 2018


Attachments