Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

30.8.2018_SYARIKAT SEA NEPTUNE AQUARIUS ENTERPRISE

Amalan akuakultur yang baik antara kaedah yang digunapakai oleh sebuah perusahaan ternakan ikan dalam sangkar tempatan bagi mempertingkatkan pengeluaran dan mempelbagaikan jenis ikan ternakan yang berkualiti. Ia bagi membolehkan produk-produk ikan dalam sangkar Syarikat Sea Neptune Aquarius Enterprise. berupaya merancang untuk menembusi pasaran eksport. Inisiatif tersebut juga selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan pertumbuhan pengeluaran bagi industri perikanan, sekaligus mencapai sasaran sumbangan Industri Akuakultur lebih $400 juta menjelang tahun 2020.

Perusahaan ladang ternakan ikan dalam sangkar Syarikat Sea Neptune Aquarius Enterprise. milik Mohamad Sham Bin Hj Shamsudin bersama Awang Wong Chin Fook yang terletak di Tapak industri Pemeliharaan Ikan dalam Sangkar di Tanjong Pelumpong seluas 0.2 ha sebanyak 420 petak dan di tawarkan bermula pada 16hb Mac 2015. Beberapa jenis ikan dihasilkan, antaranya, Ikan Putih, Ikan Merah, Ikan Selungsung, Ikan Kerapu, Ikan Kerapu Tikus, Ikan Kerapu Lantaran, Ikan Pompano dan Ikan Bendang.

 Idea membuka ladang ternakan ikan di Tapak industri Pemeliharaan Ikan dalam Sangkar di Pulau Kaingaran ini timbul daripada Syarikat Sea Neptune Aquarius Enterprise merancang untuk menambah jumlah sangkar yang sedia ada  daripada 420 petak sehingga Petak dimasa akan datang.

 Visi Syarikat dalam Industri Akuakultur

 Sebahagian besar penghasilan dan produk ikan Syarikat Sea Neptune Aquarius Enterprise hasil dari sangkar di pasarkan ke Tempatan seperti di Restoran dan export iaitu kota kinabalu dan Hongkong. Sesuai dengan visinya untuk meningkatkan penghasilan dan produktiviti ladang yang sedia ada secara berterusan, syarikat ini terus berusaha mempelbagaikan jenis ikan ternakan serta melaksanakan amalan akuakultur yang baik agar mampu menghasilkan ikan yang berkualiti sekaligus berupaya menembusi pasaran eksport.

 Walaupun Syarikat ini mengoperasikan sebanyak 420 petak sangkar di Tapak Industri Pemeliharaan Ikan Dalam Sangkar di Tanjong pelumpong dengan keluasan 0.2 hektar, Syarikat telah mampu menjana pengeluaran penghasilan sebanyak 41,394 KG pada tahun 2015 iaitu hanya 68.91% dari sasaran sebanyak 60,066 KG telah dikeluarkan. Pada tahun 2016, Syarikat ini telah berupaya menghasilkan sebanyak 58,241 KG ikan iaitu sebanyak 71.28% sasaran berjumlah 81,697 KG dari bilangan sangkar yang sama (420 petak). Manakala penghasilan Pada tahun 2017, Syarikat ini telah berupaya menghasilkan sebanyak 103,250 KG ikan iaitu sebanyak 71.28% sasaran berjumlah 69,595 KG. Pada tahun yang sama, dengan kebenaran untuk membesarkan tapak beliau kepada 1.0 hektar, syarikat berhasrat untuk meningkatkan lagi penghasilan ikan melalui penambahan petak sangkar kepada … petak dan seterusnya mempercepatkan keluaran industri perikanan melalui pengunaan teknologi tinggi agar dapat menerokai lagi keluaran eksport.

 Bantu Capai Sasaran

 Syarikat ini sangatlah mengalu-alukan apa jua bentuk saranan pihak kerajaan dalam meningkatkan penghasilan dan produktiviti ladang ternakan secara berterusan dengan memperkenalkan teknologi penghasilan ikan terkini daripada negara-negara yang berjaya bagi dapat menyesuaikan dengan keadaan dinegara ini dan mengamalkan penggunaan mesra alam dan tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi itu. Selain itu juga pihak Syarikat sangat menyeru kepada para belia tempatan untuk menerokai didalam industri Akuakultur khususnya dalam ternakan ikan dalam sangkar ini.

 Kejayaan syarikat ini menghasilkan ikan dalam sangkar yang menyumbang 307.1 tan metrik ikan, iaitu hampir 3 peratus kepada keseluruhan hasil ternakan ikan laut tahun lalu membuktikan pengusaha tempatan menyahut seruan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan ke arah mencapai sasaran pertumbuhan pengeluaran bagi industri akuakultur. Usaha tersebut juga dapat merealiasikan hasrat negara bagi mengurangkan pergantungan kepada hasil minyak dan gas. 


Dikeluarkan oleh:

Jabatan Perikanan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan


Attachments