Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

20.09.2018_KARNIVAL PERIKANAN 2018

Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dengan usahasama pengusaha-pengusaha perikanan sekali lagi mengadakan Mini Karnival Perikanan selama empat hari bermula dari 20 September hingga 23 September 2018 bertempat di Kompleks Pendaratan Ikan Muara.  Ini adalah kali pertama pada tahun ini ianya diadakan.

 

Mini Karnival Perikanan kali ini disertai seramai sembilan (9) pengusaha tempatan dalam bidang industri penangkapan ikan, dua (2) pengusaha tempatan dalam bidang industri akuakultur dan dua belas (12) pengusaha tempatan dalam bidang industri pemprosesan makanan laut.

 

Aktiviti Mini Karnival Perikanan ini adalah merupakan salah satu usaha Jabatan Perikanan untuk menggalakkan penglibatan pengusaha-pengusaha perikanan tempatan dalam membantu mempertengahkan dan memasarkan pelbagai hasil produk mereka kepada orang ramai. Dengan penerimaan dari pasar tempatan yang berterusan, pengusaha akan tidak ragu-ragu meningkatkan keupayaan mereka dalam penghasilan dan pasaran, untuk tempatan dan juga luar negeri, hasil produk perikanan  bagi sama-sama menyumbang kepada pertumbuhan keluaran bagi mendokong hasrat Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan untuk melipat gandakan keluaran sektor perikanan menjelang tahun 2020. Selain itu juga, dari aspek kesihatan, aktiviti ini memberi peluang dan kesempatan untuk mempromosi kempen 'Makan Ikan' sebagai sumber makanan yang menyihatkan terutama kepada generasi baru.

 

Mini Karnival Perikanan ini bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang kecuali Hari Jumaat yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan disambung semula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.  Seperti juga penjualan hasil-hasil produk perikanan pada tahun-tahun yang lepas, orang ramai boleh mendapatkan ikan-ikan segar seperti ikan, udang, ketam dan sotong dengan harga yang berpatutan dan ianya terbuka kepada semua pengunjung-pengunjung dari dalam dan juga luar negara.  Sementara itu, pengusaha akuakultur akan menjual ternakan ikan laut yang bermutu tinggi seperti ikan selungsong, ikan pompano, ikan kerapu dan ikan bebarahan.  Manakala, para pengusaha dalam sektor pemprosesan makanan laut pula akan menjual produk-produk dari hasil perikanan seperti keropok, belacan, ikan salai dan ikan kering.  


Jawatankuasa Media & Publisiti

Jabatan Perikanan

Kementerian Sumber-Sumber Utama & Pelancongan

09 September 2018


Attachments