Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

01_02_2020_MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS KEPERLUAN EKSPORT DAN PELAKSANAAN 'HAZARD ANALYSIS CRITICAL CONTROL POINT (HACCP)' BAGI KOMODITI IKAN

KERATAN AKHBAR

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS KEPERLUAN EKSPORT DAN PELAKSANAAN 'HAZARD ANALYSIS CRITICAL CONTROL POINT (HACCP)' BAGI KOMODITI IKAN

Sabtu, 1hb Februari 2020, 3 petang

Dewan  Nur Huda, Kompleks Perikanan Muara, Jabatan Perikanan.

 

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Perikanan telah mengadakan Kursus Keperluan Eksport dan Pelaksanaan 'Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP)' Bagi Komoditi Ikan selama lima hari bermula 27hb Januari 2020 hingga 1hb Februari 2020.  Hadir bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil-sijil kursus berkenaan adalah Yang Mulia Dayang Noraini binti Haji Anggas, Pemangku Pengarah Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

 Kursus ini dihadiri oleh seramai 35 orang peserta dari Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Bahagian Keselamatan Makanan dan Kawalan Kualiti, Kementerian Kesihatan serta pengusaha-pengusaha industri pemprosesan produk makanan laut dan  lain-lain pengusaha tempatan dalam sektor perikanan. 

 Kursus yang diadakan ini adalah merupakan salah satu usaha dan langkah-langkah Jabatan Perikanan sebagai Pihak Berkuasa Kompeten (competent authority) bagi komoditi ikan  dan yang bertanggongjawab untuk memastikan syarikat-syarikat dan pengusaha industri pemprosesan   makanan laut di negara ini mengamalkan dan mematuhi garispandu amalan kebersihan didalam setiap peringkat pemprosesesan di kilang bagi mematuhi garispandu keselamatan makanan laut.  Untuk itu, dua orang pakar dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun dijemput untuk  menjalankan kursus tersebut. 

 Diantara objektif utama kursus ini adalah untuk memberikan pengetahuan terperinci dan membimbing syarikat-syarikat industri pemprosesan ikan untuk memenuhi dan  mematuhi garispandu yang terdapat dalam Manual Keperluan Kebersihan bagi Kilang Pemprosesan Ikan Negara Brunei Darussalam.  Pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang mencapai dan mengamalkan elemen-elemen HACCP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna.  Disamping itu sebagai langkah pengesahan amalan kebersihan ialah dengan perlaksanaan sistem Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) yang mana merupakan salah satu keperluan sanitari oleh kebanyakkan negara pengimport ke atas komoditi makanan laut dan seterusnya menembusi pasaran eksport. 

Dengan adanya kursus ini, ianya akan dapat meningkatkan kompetensi pegawai-pegawai yang melaksanakan pemeriksaan audit ke atas keselamatan makanan di premis kilang pemprosesan makanan samada kilang pemprosesan makanan dari sumber pertanian atau makanan laut.

Industri Perikanan di Negara Brunei Darussalam berpotensi bagi pasaran eksport bernilai $40.71 juta bagi tahun 2020 dan Negara Brunei Darussalam telah mendapat akses pasaran  antarabangsa bagi produk perikanan iaitu negara ASEAN, Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat, Jepun, Australia, Taiwan, Republik Rakyat China, Canada dan Korea.

 


Disediakan oleh

 

JABATAN PERIKANAN

 

1 Februari 2020


Attachments