Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

24_07_2021_MAJLIS IBADAH KORBAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN SERTA JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1442H / 2021 M

​Sabtu, 24 Julai 2021 – Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta JabatanJabatan di bawahnya petang tadi telah mengadakan Majlis Ibadah Korban Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tahun 1442H/ 2021M bertempat di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Majlis pada tahun ini dikendalikan oleh Jabatan Perikanan. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut bagi menyempurnakan pengagihan daging-daging korban ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Turut hadir ialah Yang Mulia Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, Setiausaha Tetap; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-Ketua Jabatan; pegawai-pegawai kanan; para pegawai dan kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta JabatanJabatan di bawahnya.

 Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa. Majlis diteruskan dengan Ceramah Khas Sempena Majlis Ibadah Korban 1442H bertajuk “Penghayatan Ibadah Korban” yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Hilman bin Haji Salim, Pengarah Pusat Kajian Fiqh AlUsrah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. 

Pada majlis tersebut, sebanyak dua (2) ekor kerbau telah dikorbankan yang seterusnya diagihkan kepada 50 orang penerima yang terdiri daripada kakitangan Kementerian SumberSumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya. Daging korban tersebut juga turut diagih-agihkan kepada seramai 56 orang penerima yang terdiri daripada penduduk Kampung Serasa, Mukim Serasa, Dearah Brunei dan Muara dengan penghantaran terus ke rumah kediaman penerima oleh pihak Jabatan Perikanan. Majlis Korban ini diadakan setiap tahun sebagai tanda bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah Subhanahu Wata'ala, di samping itu untuk memupuk nilai persaudaraan dan ukhuwah Islamiah dengan saling bantu membantu antara satu sama yang lain. 

​Disediakan oleh: Jabatan Perikanan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam 

Attachments