Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions

11_11_2021_AQUACULTURE INVESTMENT OPPORTUNITIES & BUSINESS MEETING IN BRUNEI DARUSSALAM

JABATAN PERIKANAN, KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN akan menyertai Webinar bertajuk Aquaculture Investment Opportunities and Business Meeting in Brunei Darussalam di antara pengusaha-pengusaha sektor akuakultur perikanan Negara Jepun dan Negara Brunei Darussalam secara dalam talian. Sehubungan dengan itu, Webinar tersebut akan diadakan pada Hari Khamis, 11 November 2021, bersempena dengan "Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan 2021". Webinar Inisiatif tersebut adalah merupakan usahasama pihak ASEAN-Japan Centre bersama Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Tokyo, Jepun dengan sokongan daripada Lembaga Ekonomi Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Economic Board), Jabatan Perikanan dan Perbadanan Kewangan Jepun (Japan Finance Corporation) .

Webinar ini bertujuan untuk memperkenalkan perkembangan industri akuakultur di Negara Brunei Darussalam secara keseluruhan, dan seterusnya membukakan peluang-peluang pelaburan langsung asing (FDI) dari Negara Jepun untuk melabur di Negara ini. Selain itu, business meeting ini akan menjadi salah satu wadah di kalangan pengusaha-pengusaha kedua-dua buah negeri untuk membuka peluang pemasaran produk negara ini ke Negara Jepun.

Kandungan sesi pertama webinar adalah dijangka akan pembentangan hasil kajian "Brunei Darussalam – Aquaculture Feasibility Study for Investment", video mempromosikan status perkembangan pelaburan dalam sektor akuakultur di Brunei Darussalam serta pembentangan kertaskerja Jabatan Perikanan mengenai Peluang Pelaburan Akuakultur di Negara ini. Seterusnya diikuti dengan Sesi kedua ialah berupa business meeting antara usahawan perniagaan Negara Jepun dan usahawan perniagaan Negara Brunei Darussalam.

Secara keseluruhan, sejumlah lebih 74 perserta dijangka akan menghadiri taklimat tersebut yang terdiri daripada 3 pelabur berpotensi dari Negara Jepun dan pengusaha-pengusaha tempatan. Hasil kajian Kluster Perdagangan dan Pelaburan, Pusat ASEAN-Jepun (AJC) pada suku pertama 2021 merumuskan bahawa industri akuakultur di Negara Brunei Darussalam mempunyai potensi sebagai industri yang mampan dan signifikan bagi menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Industri akuakultur di Negara Brunei Darussalam merupakan industri yang pesat membangun dan telah dikenalpasti sebagai sektor utama untuk menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, yang selaras dengan visi kerajaan Negara Brunei Darussalam untuk mempelbagaikan ekonomi. Pada tahun 2020, pengeluaran Industri Akuakultur adalah B$32.35 juta dengan peningkatan lebih daripada 200% berbanding tahun sebelumnya. Sumbangan signifikan adalah dari pengeluaran ternakan udang putih, Vannamei selain daripada pengeluaran subsektor industri ternakan ikan dalam sangkar, industri ternakan ikan air tawar dan industri penetasan. Jabatan Perikanan mensasarkan pengeluaran industri akuakultur akan berkembang kepada B$68 juta menjelang tahun 2022 melalui pengembangan dan optimisation tapak pengusaha yang sedia ada, pembukaan tapak akuakultur baharu untuk dikembang maju oleh pengusaha baharu dan untuk pelaburan langsung asing.


Dikeluarkan oleh:

Jabatan Perikanan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Negara Brunei Darussalam

 


Attachments