Dalam memupuk kerjasama di kalangan warga Jabatan Perikanan demi kepentingan nilai kebersihan serta
pemeliharaan persekitaraan tapak-tapak penurunan dan penaikan perahu di Negara ini, Jabatan Perikanan
mengadakan kempen kebersihan di tapak penurunan dan penaikan perahu di Kampung Pengkalan Sibabau
pada hari Jumaat, 13 Januari 2023 Masihi. Kempen ini dketuai oleh Yang Mulia Wanidawati binti Tamat,
Pemangku Pengarah Perikanan dan disertai oleh warga Jabatan Perikanan. Kempen kebersihan ini
dimulakan dengan bacaan doa pendek dan sesi waming up.
Sehubungan itu, kempen ini merupakan sokongan dan salah satu inisiatif Jabatan agar dapat menyuntik
kesedaran dan mencapai matlamat dalam mengamalkan sifat menjaga kebersihan dan memelihara
persekitaran tapak penurunan dan penaikan perahu bagi keperluan mewujudkan persekitaran yang bersih
dan selamat digunakan oleh para nelayan ataupun orang awam.