Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

19.6.2024_MAJLIS IBADAH KORBAN BAGI KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN SERTA JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA BAGI TAHUN 1445H/2024M

​Bandar Seri Begawan, 19 Jun 2024 – Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya petang tadi telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Serta Jabatan-Jabatan dibawahnya bagi tahun 1445H/2024M bertempat di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Majlis pada tahun ini telah dikendalikan oleh Jabatan Perikanan. 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan pengagihan daging-daging korban pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama Pelancongan. Turut hadir pada Majlis Ibadah Korban ini ialah Yang Mulia Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-Ketua Jabatan; pegawaipegawai kanan; pegawai dan kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan laungan takbir raya secara beramai-ramai oleh Kumpulan Takbir dari Jabatan Perikanan. Majlis ini diserikan dengan ceramah khas sempena Majlis ibadah korban bertajuk ‘Kemanisan dalam Pengorbanan’ yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Mohammad Nasyith bin Suferi, Pegawai Ugama Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Majlis kemudian disusuli dengan penyampaian daging korban oleh Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Sebanyak tiga (3) ekor kerbau telah dikorbankan dengan penyertaan seramai 15 orang peserta dan seterusnya diagihkan kepada 80 orang penerima yang terdiri daripada kakitangan kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta JabatanJabatan di bawahnya.

Majlis Ibadah Korban ini diadakan setiap tahun bagi menzahirkan tanda bersyukur di atas segala nikmat dan limpah kurnia yang diberikan dengan membelanjakan harta dengan sebaik-baiknya ke jalan yang diredhai oleh Allah Subhananhu Wata’ala. Ianya juga membantu dalam memupuk sikap tolong menolong terutama di antara sesama umat Islam sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain. 


​Disediakan oleh: Jabatan Perikanan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam 12 Zulhijjah 1445H 19 Jun 2024M​

Attachments