Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

02.08.2017_LAWATAN KERJA AHLI-AHLI YANG BERHORMAT MAJLIS MESYUARAT NEGARA KE TAPAK-TAPAK PERUSAHAAN PERTANIAN DAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN KE DAERAH BELAIT

Hari Rabu, 09 Zulkaedah 1438H / 02hb Ogos 2017M

Program lawatan Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara ketapak-tapak perusahaan pertanian dan perikanan, anjuran KementerianSumber-Sumber Utama dan Pelancongan diteruskan lagi hari ini, Rabu 2hb Ogos 2017. Kali ini lawatan tertumpu kepada tapak-tapak perusahaan pertanian dan perikanan yang terdapat di Daerah Belait, Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Yang Mulia [Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, SetiausahaTetap, KementerianSumber-Sumber Utama dan Pelancongan,] serta Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, dan Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat berhubung dengan pembangunan dan perkembangan industri pertanian dan perikanan yang terdapat di Daerah Belait, khususnya di Mukim Labi dan Sungai Liang, yang dimajukan secara komersial sebagai sumber ekonomi kepada pengusaha-pengusaha berkenaan dan seterusnya kearah mempelbagai ekonomi negara.

Rombongan Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara mula-mula dibawa melawat ke ladang ternakan udang air tawar dalam kolam kepunyaan Syarikat Usaha Tani Deli Dumanyang terletak di Kampung Rampayoh. Ladang seluas 5 hektar ini mula diusahakan pada tahun 1994 bagi ternakan udang air tawar (Giant Freshwater Prawn) / UdangGalah (Macrobrachiumrosenbergii). Syarikat ini mempunyai kolam-kolam ternakan bagi penghasilan udang, dan pada masa yang sama, dengan tunjuk ajar dari JabatanPerikanan, syarikat ini juga berupaya mengusahakan penetasan bagi penghasilan anak-anak udang galah sendiri. Pada tahun 2015, syarikat ini telah menghasilkan sejumlah 191 kilogram udang galah, manakala pada tahun 2016 syarikat ini telah berjaya menghasilkan sejumlah 619 kilogram udang galah ; iaitu peningkatan sebanyak 224 % dari tahun sebelumnya. Sasaran bagi tahun 2017, syarikat ini akan menjangkakan dapat menghasilkan 7 tan metrik udang galah. Syarikat ini berpotens iuntuk menghasilkan sebanyak 16 tan metrik udang galah setahun dan 720,000 benih udang galah setiap tahun.

Bagi mengetahui perkembangan pengeluaran telur ayam di Daerah Belait, Ahli-Ahli Yang Berhormat telah dibawa meninjau keladang ternakan ayam penelur kepunyaan Syarikat Golden Chick Livestock Farm di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Sungai Petai.  Ladang ini mula dimajukan pada tahun 2015 dengan kaedah teknologi tinggi dan sistem reban tertutup. Penternakan ayam penelur dengan sistem ini berupaya menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi. Kapasiti sebuah reban boleh memuatkan sehingga 26,000 ekor ayam berbanding reban ayam secara konvensenal. Dengan suhu reban yang terkawal dan kawalan penyakit yang lebih baik dapat menjamin penghasilan kualiti dan kuantiti telur ayam segar di negara ini, disamping membuka peluang bagi pasaran eksport yang lebih luas. Pada bulan Januari hingga Jun 2017, syarikat ini telah mencatit hasil pengeluaran telur ayam segar lebih dari 22,901,950 biji.

Ahli-Ahli Yang Berhormat seterusnya dibawa meninjau ke ladang Syarikat Kanglin Hidroponik Farming di Kawasan Kemajuan Pertanian Sungai Liang. Ladang yang bekeluasan 2.0 hektar ini diusahakan dengan tanaman sayur-sayuran menggunakan sistem hidroponik. Pada bulan Januari hingga Jun 2017, ladang ini telah dapat menghasilkan sayur-sayuran lebih dari 28.00 tan metrik. Dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan, syarikat ini telah mengintegrasikan tanaman sayur-sayuran berkenaan dengan tanaman buah-buahan dan pelbagai tanaman yang telah dapat mengeluarkan hasil lebih dari 6.70 tan metrik buah-buahan dan pelbagai tanaman pada bulan Januari hingga Jun 2017. Hasil-hasil ladang dipasarkan ke pasaraya-pasaraya tempatan seperti Supasave, Mega Mart, Hua Ho Department Store, Giant TMC (B) Sdn Bhd dan sebagainya.

Lawatan rombongan Ahli-Ahli Yang Berhormat berakhir di Brugoat Farming and Trading Sdn Bhd, bertempat di Kampong Gana, Sungai Liang. Syarikat ini mula bergiat dengan perusahaan ternakan kambing ( jenis Boerdan Dorper ) secara fidlotdi tapak seluas 2.10 hektar pada tahun 2015. Pada awal Disember 2015, syarikat ini mula membawa masuk kambing jenis Boerdan biri-biri jenis Dorper dari Australia sebanyak 1,300 ekor untuk dijadikan baka ternakan dan pembiakkan di ladang berkenaan. Sehingga bulan Jun 2017, bilangan stok ternakan kambing di ladang ini telah meningkat kepada 2,338 ekor kambing ( 885 ekor kambing Boerdan 1,453 ekor kambing Dorper ) berbanding pada tahun 2016 hanya terdapat sebanyak 1,920 ekor kambing ( 767 ekor kambing Boerdan 1,153  ekor kambing Dorper); iaitu peningkatan sebanyak 21.77 %.

Progam lawatan yang diungkayahkan atas permintaan sebahagian daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara ini, adalah dihasratkan akan dapat memberikan peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan untuk mengetahui pembangunan dan perkembangan industri-industri pertanian dan perikanan di negara ini, dan seterusnya mendapatkan gambaran serta maklumat-maklumat yang bermanfaat untuk disampaikan kepada penduduk-penduduk dan pihak-pihak yang berkepentingan didalam kawasan pengawasan pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan. Ahli-Ahli Yang Berhormat juga berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pengusaha-pengusaha pertanian dan perikanan bagi mengetahui pembangunan ladang-ladang dan peluang-peluang dalam mengembang-majukan lagi perusahaan mereka. Di samping itu, program lawatan ini juga akan dapat mempromosikan peluang-peluang pelaburan dan perniagaan yang terdapat dalam industri-industri pertanian dan perikanan untuk disampaikan kepada pelabur-pelabur tempatan dan luar negeri oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan nanti.

Di keluarkan oleh:

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan; dan Jabatan Perikanan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

 

Attachments