Kuala
Belait, 21 Mac 2018 - Majlis Penyerahan Jaket Keselamatan Terpakai kepada
Nelayan-Nelayan Daerah Belait telah diadakan pada hari ini yang telah
disempurnakan oleh Yang Mulia Abdul Halidi bin Mohd Salleh, Pengarah Perikanan,
selaku Tetamu Kehormat. Sejumlah 101 unit jaket keselamatan terpakai telah disumbangkan
oleh Mozzat Enterprise Sdn Bhd (MESB) dan Germanischer Lloyd Offshore and
Industrial Services (B) Sdn Bhd, yang kedua-duanya adalah merupakan syarikat pembekal
peralatan dan penyedia perkhidmatan industri minyak dan gas.
Mengikut
rekod Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, sejumlah
96 orang nelayan Daerah Belait memiliki lesen alat menangkap ikan yang sah
dikeluarkan oleh Jabatan tersebut bagi Tahun 2018 yang terdiri daripada 35
orang nelayan penoh masa dan 61 orang nelayan sambilan.
Majlis
tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada kedua-dua buah syarikat
penyumbang dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Perikanan.
Dengan adanya penyerahan jaket-jaket keselamatan tersebut, ianya
mencerminkan keperhatinan sektor swasta terhadap keselamatan nelayan-nelayan
yang beroperasi di perairan di Negara ini, Ini ditambah lagi menurut Pihak
Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam, bahawa pengguna jaket-jaket
keselamatan adalah digalakan untuk dipakai semasa ke laut oleh semua
terutamanya nelayan-nelayan di Negara ini. Jabatan Perikanan berharap supaya
nelayan-nelayan akan memanfaatkan sepenohnya dan menggunakannya sebagai langkah
keselamatan semasa menaiki perahu dan melaksanakan operasi menangkap ikan di
kawasan perairan Negara Brunei Darussalam.