Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

22.05.2018_MAJLIS TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA BULAN RAMADHAN 1439H BAGI KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN, JABATAN-JABATAN DAN BAHAGIAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1439H/2018M

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 Mei 2018 - Bagi sama-sama meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadan yang mulia ini, seramai 250 orang dari Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) mengadakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada hari Selasa, 6 Ramadhan 1439 bersamaan 22 Mei 2018 pada jam 1.00 petang.

 

Hadir mengetuai rombongan berkenaan, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong. Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali, Pemangku Setiausaha Tetap KSSUP, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan serta pegawai dan kakitangan KSSUP.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti bacaan Surah Yassin dan Tahlil yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Pintu Malim, Awang Hj Azrol Alim bin Hj Zaini.

Jabatan Perikanan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Negara Brunei Darussalam

Attachments