Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

30.8.2018_SYARIKAT QURASHI BLUE OCEAN ENT

Amalan akuakultur yang baik antara kaedah yang digunapakai oleh sebuah perusahaan ternakan ikan dalam sangkar tempatan bagi mempertingkatkan pengeluaran dan mempelbagaikan jenis ikan ternakan yang berkualiti. Ia bagi membolehkan produk-produk ikan dalam sangkar Syarikat Qurashi Blue ocean Ent. berupaya merancang untuk menembusi pasaran eksport. Inisiatif tersebut juga selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan pertumbuhan pengeluaran bagi industri perikanan, sekaligus mencapai sasaran sumbangan Industri Akuakultur lebih $400 juta menjelang tahun 2020.

 Perusahaan ladang ternakan ikan dalam sangkar Syarikat Qurashi Blue ocean Ent. milik Dyg Hjh Zalilah bte Hj Abd Razak bersama Awang Hj Omar bin Hj Yaakub yang terletak di Tapak industri Pemeliharaan Ikan dalam Sangkar di Pulau Kaingaran seluas 0.2 ha sebanyak 74 petak dimana sejumlah 60 petak berukuran  3m x 3m dan 8 petak berukuran 2m x 4m kebesaran petak dan di tawarkan bermula pada 16 mei 2005. Beberapa jenis ikan dihasilkan, antaranya, Ikan Selungsong dan ikan putih.

Idea membuka ladang ternakan ikan di Tapak industri Pemeliharaan Ikan dalam Sangkar di Pulau Kaingaran ini timbul daripada Syarikat Qurashi Blue ocean Ent merancang untuk menambah jumlah sangkar yang sedia ada  daripada 60 petak sehingga Petak dimasa akan datang.

 Visi Syarikat dalam Industri Akuakultur

 Sebahagian besar penghasilan dan produk ikan Syarikat Qurashi Blue Ocean Ent hasil dari sangkar di pasarkan ke Tempatan seperti di pasar Gedung, Pasar dan Restoran. Sesuai dengan visinya untuk meningkatkan penghasilan dan produktiviti ladang yang sedia ada secara berterusan, syarikat ini terus berusaha mempelbagaikan jenis ikan ternakan serta melaksanakan amalan akuakultur yang baik agar mampu menghasilkan ikan yang berkualiti sekaligus berupaya menembusi pasaran eksport.

Walaupun Syarikat ini mengoperasikan sebanyak 74 petak sangkar di Tapak Industri Pemeliharaan Ikan Dalam Sangkar di Pulau Kaingaran dengan keluasan 0.2 hektar, Syarikat telah mampu menjana pengeluaran penghasilan sebanyak 3,056 KG pada tahun 2015 iaitu hanya 8.67% dari sasaran sebanyak 34,896 KG telah dikeluarkan. Pada tahun 2016, Syarikat ini telah berupaya menghasilkan sebanyak 3,751 KG ikan iaitu sebanyak 22.55% sasaran berjumlah 16,631 KG dari bilangan sangkar yang sama (74 petak). Pada tahun 2017, dengan kebenaran untuk membesarkan tapak beliau kepada 1.0 hektar, syarikat berhasrat untuk meningkatkan lagi penghasilan ikan melalui penambahan petak sangkar kepada … petak dan seterusnya mempercepatkan keluaran industri perikanan melalui pengunaan teknologi tinggi agar dapat menerokai lagi keluaran eksport.

 Bantu Capai Sasaran

 Syarikat ini sangatlah mengalu-alukan apa jua bentuk saranan pihak kerajaan dalam meningkatkan penghasilan dan produktiviti ladang ternakan secara berterusan dengan memperkenalkan teknologi penghasilan ikan terkini daripada negara-negara yang berjaya bagi dapat menyesuaikan dengan keadaan dinegara ini dan mengamalkan penggunaan mesra alam dan tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi itu. Selain itu juga pihak Syarikat sangat menyeru kepada para belia tempatan untuk menerokai didalam industri Akuakultur khususnya dalam ternakan ikan dalam sangkar ini.

Kejayaan syarikat ini menghasilkan ikan dalam sangkar yang menyumbang 307.1 tan metrik ikan, iaitu hampir 3 peratus kepada keseluruhan hasil ternakan ikan laut tahun lalu membuktikan pengusaha tempatan menyahut seruan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan ke arah mencapai sasaran pertumbuhan pengeluaran bagi industri akuakultur. Usaha tersebut juga dapat merealiasikan hasrat negara bagi mengurangkan pergantungan kepada hasil minyak dan gas.

 


Dikeluarkan oleh:

Jabatan Perikanan

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Negara Brunei Darussalam


Attachments