Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

8.6.2023_SUSTAINING MARINE BIODIVERSITY THROUGH BLUE ECONOMY SYMPOSIUM 2023 BRUNEI MID-YEAR CONFERENCE AND EXHIBITION (MYCE) 2023. KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN

​Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Perikanan dengan kerjasama Southeast Asian Fisheries Development Center (SEAFDEC) dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) telahpun menganjurkan simposium bertajuk Sustaining Marine Biodiversity Through Blue Economy Symposium 2023 bersempena Brunei Mid-Year Conference and Exhibition 2023 (MYCE 2023), selama tiga hari bermula pada hari Selasa, 06 Jun 2023 sehingga hari Khamis, 08 Jun 2023, bertempat di Pusat Kesenian Pro Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

2. Simposium ini turut disokong oleh pihak Suruhanjaya Tinggi British di Negara Brunei Darussalam, Suruhanjaya Tinggi Australia di Negara Brunei Darussalam, Suruhanjaya Tinggi Kanada di Negara Brunei Darussalam dan agensi-agensi dari dalam dan luar negara iaitu Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Food and Agriculture Organization of United Nations (FAO), Australian Institute of Marine Science (AIMS), Australian National Centre for Ocean Resources and Security (ANCORS), International Monitoring Control and Surveillance Network (IMCS) dan juga Conservation International yang kedua-duanya berpengkalan di Amerika Syarikat, Centre for Environment, Fisheries & Aquaculture Science (CEFAS), United Kingdom serta Reef Check Brunei dan Poni Divers Brunei. 

3. Hadir selaku Tetamu Kehormat simposium berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Simposium tersebut didahului dengan bacaan surah Al-Fatihah dan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dr. Hazri bin Haji Kifle, Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam dan diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh Yang Mulia Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. 

4. Ucapan pertama (Keynote speech) simposium ini telah dibentangkan oleh ahli panel luar negara, Ms. Malinee Smithrithee, Secretary-General of Southeast Asian Fisheries Development Center (SEAFDEC) dan Dr. Camille Goodman, Senior Lecturer and Head of Postgraduate Studies, Australian National Centre for Ocean Resources and Security (ANCORS), University of Wollongong, Australia. Ahli-ahli panel dan peserta dari dalam dan luar negara termasuk agensiagensi yang berkaitan dengan sumber marin juga akan turut menyertai simposium tersebut. 

5. Tema bagi symposium ini adalah “Blue Economy: Rainforest of the Sea”. Ekonomi biru (Blue Economy) telah dikenal pasti sebagai strategi utama untuk mengekalkan biodiversiti marin. Nilai teras ekonomi biru terletak pada keseimbangan antara mengekalkan ekosistem marin yang sihat dan memastikan manfaat ekonomi dapat diraih daripada sumber persisiran pantai dan marin untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan. 

6. Penganjuran simposium kali ini menggabungkan para saintis, ahli akademik, pendidik, pemimpin-pemimpin industri, pengurus, ahli alam sekitar dan pihak berkepentingan lain untuk berkongsi dan bertukar pengetahuan serta kepakaran dalam bidang biologi marin, ekologi, pengurusan dan pemuliharaan marin. Program simposium ini juga merangkumi aktiviti menyelam bagi meneroka terumbu karang tropika di perairan Brunei iaitu Rig Reefs dan Pelong Rocks serta lawatan ke Bandar Seri Begawan, ibu negara Negara Brunei Darussalam.

7. Aktiviti bagi simposium ini dibahagikan kepada tiga sesi iaitu sesi pertama dengan tajuk “Blue Economy: Balancing Economic Growth with Marine Conservation”, sesi kedua bertajuk “Marine Biodiversity: Importance, Threats and Conservation; dan sesi ketiga dengan tajuk “Sustainable Fisheries and Aquaculture: Enhancing Marine Biodiversity and Economic Development”. 8. Maklumat lanjut mengenai Sustaining Marine Biodiversity Through Blue Economy Symposium 2023 bolehlah diperolehi melalui laman sesawang rasmi Jabatan Perikanan di https://www.fisheries.gov.bn dan media sosial Instagram @Jabatanperikanan.bn. ​

Attachments